FAQ
Semua Akaun Pengguna Kursus Laporan 40 Jam

Pengguna Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE terdiri daripada semua warga kerja Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia sebagai kakitangan JKR dan Penjawat Awam dari kementerian/jabatan lain termasuk badan berkanun dan syarikat swasta sebagai bukan kakitangan JKR.

Untuk kakitangan JKR, sila pastikan anda telah mempunyai akaun MyKJ. Untuk log masuk kali pertama ke Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE, sila gunakan Single Sign On (SSO) MyKJ.

Untuk bukan kakitangan JKR, sila daftar sebagai pengguna Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE dengan klik butang Daftar dan isikan semua maklumat yang diperlukan. Kemudian, sila semak emel dan klik pautan yang diberikan untuk mengaktifkan akaun Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE.

Anda dinasihatkan supaya menghubungi Penyelaras MyKJ cawangan anda supaya mengemaskini nombor kad pengenalan sebenar dalam Sistem MyKJ. Setelah nombor kad pengenalan sebenar telah dikemaskini dalam Sistem MyKJ, log masuk ke Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE menggunakan nombor kad pengenalan sebenar dan kata laluan SSO MyKJ. Kemudian, sila emelkan nama penuh, nombor kad pengenalan sebenar dan nombor kad pengenalan yang salah ke mylatihancreate@jkr.gov.my untuk dikemaskini di dalam Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE.

Bagi tujuan ini:
  1. Pengemaskinian nombor kad pengenalan sebenar perlu dibuat dalam Sistem MyKJ kerana maklumat kakitangan dalam Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE diperoleh daripada Sistem MyKJ.
  2. Maklumat kursus yang telah direkodkan hanya akan dipinda setelah pegawai log masuk ke Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE menggunakan nombor kad pengenalan sebenar.
  3. Bagi bukan kakitangan JKR, sila emelkan nama penuh, nombor kad pengenalan sebenar dan nombor kad pengenalan yang salah kepada mylatihancreate@jkr.gov.my untuk semakan lanjut.

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pihak tuan/puan dinasihatkan supaya mencuba sekali lagi dengan klik butang Lupa Kata Laluan dan mengikuti arahan seterusnya dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Hantar.
  2. Kemudian, semak emel anda untuk set semula kata laluan Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE.
  3. Sekiranya emel set semula kata laluan tidak diterima, kakitangan JKR boleh login ke Sistem Latihan CREaTE menggunakan Single Sign On (SSO) MyKJ manakala bagi bukan kakitangan JKR, sila emelkan permohonan reset kata laluan dengan memberikan nama penuh dan nombor kad pengenalan kepada mylatihancreate@jkr.gov.my.
  4. Kakitangan JKR diminta untuk mengemaskini alamat emel rasmi pada bahagian Peribadi dalam Sistem MyKJ untuk membolehkan reset sendiri kata laluan sekiranya terlupa kata laluan Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE.
  5. Bagi kakitangan baru JKR, sila log masuk ke Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE menggunakan Single Sign On (SSO) MyKJ untuk mewujudkan akaun dalam Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE.

Setelah log masuk ke sistem, klik pada menu Kursus -> Takwim Kursus. Kemudian, klik pada takwim kursus yang dikehendaki dan klik pada butang Mohon Kursus.

Sila rujuk manual pengguna yang diberikan pada menu Manual Sistem.

Setelah log masuk ke sistem, klik menu Permohonan -> Status Permohonan. Status permohonan kursus akan dipaparkan. Peserta boleh menyemak sama ada KUB/KPPKL/Penyelaras Kursus telah meluluskan permohonan kursus tersebut. Sekiranya masih belum diluluskan, peserta boleh menghubungi KUB/KPPKL/Penyelaras Kursus untuk tindakan susulan.

Sila pastikan maklumat Rekod Utama Penempatan Waran dan Rekod Utama - Penempatan Bertugas tuan/puan dalam MyKJ telah dikemaskini kepada penempatan terkini dan sama dengan KUB yang ingin dipilih. Sila hubungi Penyelaras MyKJ cawangan tuan/puan sekiranya maklumat tersebut belum dikemaskini.

Untuk memastikan Laporan 40 Jam Berkursus tepat, sila pastikan langkah-langkah berikut diambil:

  1. Sila pastikan Rekod Utama - Penempatan Waran, Rekod Utama - Penempatan Bertugas, Maklumat Perkhidmatan dan Emel Rasmi pegawai dikemaskini dalam Sistem MyKJ. Sila hubungi Penyelaras MyKJ cawangan untuk mengemaskini maklumat tersebut
  2. Sila gunakan emel rasmi/peribadi masing-masing. Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE tidak dapat auto-synchronize dengan MyKJ sekiranya berkongsi emel yang sama. Alamat emel boleh dikemaskini sendiri pada bahagian Peribadi dalam Sistem MyKJ
  3. Bagi pegawai baru, sila pastikan pegawai mempunyai akaun MyKJ. Pegawai baru perlu log masuk ke Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE menggunakan SSO MyKJ untuk mewujudkan akaun dalam Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE.
  4. Sila pastikan pegawai log masuk (aktif) ke Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE untuk memastikan maklumat penempatan auto-synchronize dengan maklumat dalam MyKJ.

Sila emelkan nama penuh dan nombor kad pengenalan staf yang telah diarkibkan dalam MyKJ kepada mylatihancreate@jkr.gov.my untuk diarkibkan dalam Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE.

Sila pastikan penempatan staf yang berpindah keluar telah dikemaskini dalam MyKJ. Maklumat penempatan terkini staf akan dikemaskini secara auto-sync selepas staf tersebut log masuk ke Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE. Sekiranya staf tidak log masuk ke Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE, maklumat penempatan tidak akan dikemaskini.

Tuan/Puan boleh menghubungi Penyelaras Kursus yang berkenaan. Maklumat emel dan nombor telefon Penyelaras Kursus boleh diperoleh pada Maklumat Kursus dalam takwim kursus.

Anda dikehendaki mengemukakan masalah/aduan tersebut kepada helpdesk di alamat mylatihancreate@jkr.gov.my.

Tuan/Puan dinasihatkan supaya menyemak dahulu maklumat kursus yang direkodkan sebelum menghantar kepada KUB/KPPKL untuk kelulusan. Sekiranya terdapat masalah, sila emelkan Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Cawangan/Unit, Nama Kursus dan Tarikh Kursus kepada mylatihancreate@jkr.gov.my.

Tuan/Puan dinasihatkan supaya menyemak dahulu status kursus yang telah direkodkan sama ada telah diluluskan atau belum diluluskan oleh KUB/KPPKL. Berikut adalah aliran pengesahan kursus yang direkodkan oleh pengguna:

  1. Kursus Pembelajaran Umum memerlukan pengesahan KUB sebelum dipaparkan dalam buku log.
  2. Kursus Pembelajaran Kendiri memerlukan pengesahan KPPKL sebelum dipaparkan dalam buku log
  3. Kursus Luar memerlukan pengesahan KPPKL sebelum dipaparkan dalam buku log

Sila hubungi KUB/KPPKL tuan/puan untuk meluluskan kursus yang telah direkodkan supaya dapat dipaparkan dalam buku log. Sekiranya kursus yang direkodkan telah diluluskan oleh KUB/KPPKL tetapi masih tidak dipaparkan dalam buku log, sila emelkan masalah/aduan kepada mylatihancreate@jkr.gov.my.

Sila semak sijil kursus yang dihadiri pada menu Sijil dan Lampiran. Berikut adalah aliran pengesahan sijil kursus yang dihadiri oleh peserta:

  1. Peserta kursus perlu mengisi Lampiran G, Borang Penilaian Kursus dan Borang Penilaian Tenaga Pengajar/Fasiliti Kursus pada menu Sijil dan Lampiran selepas selesai menghadiri kursus.
  2. Penyelaras Kursus akan mengesahkan sijil kursus setelah lampiran-lampiran di atas lengkap diisi oleh peserta.
  3. Sijil kursus akan dipaparkan pada menu Sijil dan Lampiran selepas disahkan oleh Penyelaras Kursus.

Sekiranya sijil kursus masih belum dipaparkan walaupun tuan/puan telah mengisi lampiran-lampiran yang dinyatakan, sila hubungi Penyelaras Kursus berkenaan.

Error tersebut dipaparkan kerana maklumat anda di dalam Sistem MyKJ tidak lengkap. Sila pastikan Rekod Utama - Penempatan Waran, Rekod Utama - Penempatan Bertugas, Maklumat Perkhidmatan dan Emel Rasmi dikemaskini dalam Sistem MyKJ. Sila hubungi Penyelaras MyKJ cawangan untuk mengemaskini maklumat tersebut.

Selepas kehadiran peserta ditanda, maklumat kursus tersebut akan disimpan di dalam buku log dan laporan 40 jam peserta. Anda perlu padam semua nama peserta sedia ada, kemudian tambah semula peserta tersebut dan tanda kehadiran peserta untuk membolehkan jumlah kursus sebenar dipaparkan.